'Everyone is an Achiever'

Tuesday 10 September 2013

Welcome Aboard LT KDR Noorhairy Nordin RMN...New Commander Officer of UPS TLDM SG NYIOR, BUTTERWORTH,PENANG


PKBM(L) PJHS telah menerima kunjungan rasmi dari Pegawai Memerintah UPS TLDM SG NYIOR yg baru pada 10 September 2013. Kunjungan ini merupakan titik permulaan bagi meneruskan kesinambungan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan kadet yang cemerlang dari pelbagai aspek khususnya.


Pihak pengurusan PKBM(L) PJHS dengan ini mengucapkan:


"WELCOME ABOARD"
kepada

LT KDR NOORHAIRY NORDIN RMN
PEGAWAI MEMERINTAH
UPS TLDM SG NYIOR, BUTERWORTH.

SEDIA BERKORBAN



Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Kareem


Salam ramadhan  buat semua..moga rahmat Allah sentiasa bersama kita....biarpun diuji dengan musibah dan dugaan yang mendatang...Ya Allah tabahkanlah hatiku...kuatkan semangat ibuku tercinta...dan moga kesihatan bonda tersayang akan bertambah baik dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna ...Insya Allah...hanya padaMU Ya Allah..ku berdoa dan meminta...


Insya Allah...

Tuesday 2 July 2013

Final Touch! Well Done!

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi..akhirnya PKBM(L) PJHS telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN GO PUTERA & PUTERI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BERUNIFORM NEGERI KEDAH 2013. Pertandingan ini telah berlansung pada 22/6/2013 di perkarangan PPD Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.
Tahniah buat semua kadet putera & puteri PKBM(L) PJHS atas lonjakan pencapaian ini, apatah lagi ini merupakan penampilan sulung PKBM(L) PJHS putera di litar kawad negeri. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat terutamanya Tn Pengetua, Tn Hj Idris b Osman, LT KDR Mohd Abd Rani b Harun TLDM, barisan pentadbir PJHS, LT Dya Hamzan Chin, LT Mda Norhayati Muhamad Din, Jurulatih LK PAP I Jurizan B Latiff TLDM@Arek Melayu, GI Ariel Shahriel, para waris serta seluruh warga PJHS amnya atas segala, dorongan, komitmen serta doa yang dititipkan mengiringi perjuangan kedua-dua pasukan ini. 

Amatlah sukar berada di tahap ini tanpa komitmen dan sokongan dari semua pihak.



















Monday 17 June 2013

WE DID IT AGAIN...WELL DONE!

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform GO/NGO KMY 2013.

PKBM(L) PJHS muncul JOHAN bgai kategori GO PUTERA/PUTERI serta mengungguli anugerah Platun Komander Terbaik Putera & Puteri melalui MOHAMAD AZIM B AZNAN & PWII NOR HAFIFAH BT MOHD BAKI.

Sejarah terukir lagi...

Syabas dan tahniah buat semua kadet yang telah bertungkus-lumus berjuang..namun PERJUANGAN INI BELUM SELESAI..

Kedua-dua pasukan ini akan mewakili daerah KMY ke Pertandingan Kawad kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri Kedah pada 22/6/2013 ( Sabtu ) di perkarangan PPD Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

Sekalung penghargaan buat tuan pengetua Tn Hj Idris Osman dan LT KDR Mohd Mohd Abdul Rani Harun atas segala sokongan dan bantuan...rakan2 seperjuangan Tuan Hamzan Chin dan LT MDA Norhayati Muhamad Din, GI Ariel Shahriel, LK Arek Melayu, Pn Norhasyimawati Hashim serta seluruh warga PJHS atas segala bantuan, sokongan serta doa yg dititipkan kpd pasukan ini.

Tahniah buat Pasukan Bomba & Penyelamat PJHS yg muncul tempat KETIGA bg kategori GO Puteri.

SEDIA BERKORBAN
LT MDA Hashimah Hamid










Wednesday 22 May 2013

Pencapaian PKBM(L) di Perkhemahan PKBM(L) Kebangsaan 2013


 PERKHEMAHAN PKBM(L) PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Pencapaian Kontijen Kedah:

1. Ketiga Pertandingan Laberang ( Putera)
2. Ketiga Pertandingan Laberang ( Puteri)
3. Ketiga Pertandingan Boatswain Call ( Puteri)
4. Kadet Perempuan Terbaik - PW II Nor Hafifah bt Mohd Baki


5. Keempat Pertandingan Kawad Kaki
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan....

LT MDA Hashimah Hamid


Sunday 19 May 2013

Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Kebangsaan 2013 Part II


Hari ke-3 perkhemahan diadakan pertandingan kawad kaki. Kontijen Kedah muncul tempat ke-4 dari 13 kontijen. Selain itu, kontijen Kedah juga meraih Platun Komander/Kadet Perempuan Terbaik yang dianugerahkan kepada PW II Norhafifah bt Mohd Baki.