'Everyone is an Achiever'

Friday 30 November 2012

Lawatan dan Pelayaran 2012

Belayar di Samudera Raya

Tanggal 26-27 November 2012 diadakan lawatan dan pelayaran bersama kapal logistik iaitu KD Sri Indera Sakti (1503) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Para kadet dan guru-guru pengiring berpeluang merasai kehidupan sebagai anak kapal walaupun dalam tempoh masa yang singkat. 












Selain itu, para kadet juga berpeluang melawat KD Duyong yang melahirkan penyelam TLDM, Penyelaku Anjungan (WASPADA) dan menyertai Latihan Penembakan M16 di Lapar sasar Sultan Abdul Samad di KD Pelandok.
















Sunday 11 November 2012

Kursus Induksi Pegawai PKBM(L) Ambilan 3 Siri 1/12

WE DID IT!

Tanggal 29 Oktober hingga 9 November bertempat di Kolej Diraja Sultan Idris I, Pangkalan TLDM Lumut, Perak telah berlangsung Kursus Induksi Pegawai PKBM(L) Siri 1/12. Melibatkan penyertaan 21 orang guru penasihat PKBM(L) dari seluruh Malaysia. Kursus ini melibatkan latihan dan ujian kawad kaki serta kelas teori ilmu kelautan, kawalan kebakaran serta pengenalan dan pendedahan tentang TLDM itu sendiri.

21 orang guru ini telah selamt ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PKBM(L) pd 8 November 2012 oleh LAKSDA Dato' Pahlawan Syed Zahiruddin Putra b Syed Mazlan RMN. Tahniah diucapkan.


LT MDA NOR HAYATI MUHAMAD DIN

LT MDA NORHASHIMAH HAMID


KURSUS INDUKSI PEGAWAI PKBM(L) SIRI 1/12


Friday 28 September 2012

Latihan Penembakan Senjata Kecil PKBM(L) siri 2/12

Gegar...

Program ini dilaksanakan pada 26 September 2012 di Lapang Sasar PGA Kulim, Kedah.
PKBM(L) PJHS muncul Johan bagi Kategori Berpasukan. Tahniah diucapkan kepada kadet2 yang terlibat...

WE ARE CHAMPION!

PKBM(L) PJHS bersama jurulatih.


Wednesday 25 July 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT NEGERI KEDAH 2012

Sedia Berkorban

Buat sekian kalinya PKBM(L) PJHS Puteri mewakili daerah KMY ke Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Negeri Kedah 2012 kategori GO PUTERI.

PKBM(L) PJHS sekali lagi muncul tempat Ke-3 kategori GO PUTERI. Tahniah diucapkan kepada kadet yang terlibat.


Saturday 14 July 2012

PERKHEMAHAN PKBM(L) PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Berpantang kalah sebelum berjuang...

Pada 8-13 Julai 2012 telah berlangsung Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Kebangsaan 2012 di PUSKEP MARA, Lenggong, Grik, Perak.

Seramai 8 orang kadet PKBM(L) PJHS telah mewakili Konijen Kedah ke perkhemahan tersebut.
Kontijen Kedah telah muncul Johan dan Naib Johan Larian Berhalangan bagi kategori Puteri dan Putera. Pertandingan ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Tahniah diucapkan kepada kadet yang telah berjaya.



CERIA

PKBM(L) PJHS

Larian Berhalangan

KONTIJEN KEDAH

Tuesday 3 July 2012

Ya Allah ...Permudahkanlah segala urusan kami ...

Assalamualaikum wbt....


Sesungguhnya minggu yang sangat tertekan dan terlalu banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku dalam masa yang terdekat ini....Usaha dan debaran dalam menghitung hari bagi melengkapkan pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam juga giat dijalankan....Sesungguhnya setiap orang mempunyai matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan dicapai bagi mengekal prestasi PJHS agar  terus cemerlang dari segi kurikulum mahupun kokurikulum...


Begitu juga dengan peranan dan tanggungjawab pasukan PKBM(L) Puteri PJHS yang akan menggalas cabaran PJHS dan juga KMY ke pertandingan Kawad Kaki Badan Kerajaan Peringkat Negeri Kedah pada 15 Julai 2012 di PPD Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...namun didoakan agar para kadet puteri akan terus berjuang untuk menempa kejayaan di peringkat negeri kelak.


Dalam masa yang terlalu sedikit ini, pasukan PKBM(L) juga akan menyertai Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Kebangsaan 2012 di PUSKEP MARA, Lenggong, Perak dari 8-143 Julai 2012. Ya Alah..kurniakan kami kesihatan yang baik, ketabahan dalam melestarikan perjuangan untuk sebuah KEJAYAAN


PASUKAN PKBM(L) PJHS PUTERI 
EVERYONE IS AN ACHIEVER

Sunday 1 July 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN KERAJAAN KMY 2012

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, pasukan PKBM(L) PJHS Puteri sekali lagi muncul Johan di Pertandingan Kawad Kaki Badan Kerajaan KMY 2012 Kategori Puteri. Selain itu, Bintara Kanan PKBM(L) Nur Afini bt Mohd Suaid juga telah dinobatkan sebagai Platun Komander Terbaik (Puteri).


PKBM(L) PJHS (PUTERI)
PLATUN KOMANDER TERBAIK (PUTERI)
BINTARA KANAN PKBM(L) NUR AFINI BT MOHD SUAID
Kejayaan ini menjadi lebih manis dan bermakna apabila pasukan PKBM(L) PJHS Putera telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Badan Kerajaan KMY 2012 kategori Putera dan penyertaan pasukan ini merupakan penampilan sulung PKBM(L) PJHS Putera di litar kawad.
PKBM(L) PJHS PUTERA


Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Tn Hj Idris b Osman, Pengetua PJHS, LT KDR Mohd Abdul Rani b Harun TLDM, Pegawai Memerintah UPS TLDM Sg Nyior, LT DYA Hamzan Chin,Pegawai Teknikal PKBM(L) Kebangsaan JPN Kedah, PO Ridzuan Abdullah & Staff Jurizan : Jurulatih dr UPS TLDM Sg Nyior, Pn Nor Hayati Muhamad Din selaku guru penasihat PKBM(L) PJHS, seterusnya para kadet PKBM(L) PJHS yang dikasihi sekelian. Terima kasih atas segala sokongan, bantuan serta komitmen yang diberikan.


'PKBM(L) PJHS IS NO 1'

'EVERYONE IS AN ACHIEVER'

Saturday 21 April 2012

Tahniah!

Johan Kayak Berpasukan (P)

Naib Johan Boatswain Call

Everyone is an Achiever!


Tahniah!

Kadet Perempuan Terbaik 
Naib Johan Pertandingan Pandu Arah

Everyone is an Achiever!