'Everyone is an Achiever'

Tuesday 3 July 2012

Ya Allah ...Permudahkanlah segala urusan kami ...

Assalamualaikum wbt....


Sesungguhnya minggu yang sangat tertekan dan terlalu banyak perkara yang berlaku dan akan berlaku dalam masa yang terdekat ini....Usaha dan debaran dalam menghitung hari bagi melengkapkan pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam juga giat dijalankan....Sesungguhnya setiap orang mempunyai matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan dicapai bagi mengekal prestasi PJHS agar  terus cemerlang dari segi kurikulum mahupun kokurikulum...


Begitu juga dengan peranan dan tanggungjawab pasukan PKBM(L) Puteri PJHS yang akan menggalas cabaran PJHS dan juga KMY ke pertandingan Kawad Kaki Badan Kerajaan Peringkat Negeri Kedah pada 15 Julai 2012 di PPD Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...namun didoakan agar para kadet puteri akan terus berjuang untuk menempa kejayaan di peringkat negeri kelak.


Dalam masa yang terlalu sedikit ini, pasukan PKBM(L) juga akan menyertai Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Kebangsaan 2012 di PUSKEP MARA, Lenggong, Perak dari 8-143 Julai 2012. Ya Alah..kurniakan kami kesihatan yang baik, ketabahan dalam melestarikan perjuangan untuk sebuah KEJAYAAN


PASUKAN PKBM(L) PJHS PUTERI 
EVERYONE IS AN ACHIEVER

No comments:

Post a Comment